Tuesday, 26 February 2013

PERINGATAN PENtiNG BAGI KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT (SAHKAN SOLAH ANDA)=BAHAGIAN 2




F

Assalamualaikum semua. Kali saya akan menyambung kembali tajuk kita iaitu peringatan bagi kaum muskimin dan muslimat yang bertajuk “sahkan solah anda” bahagian 2. Sama2 lah kita mengamalkannya insyaallah
Perkara-perkara yang membatalkan dan menjadikan solah kita tidak sah adalah:

1.    tidak membaca bismillah pada al-fatihah atau tidak baca al-fatihah adalah batal pada mazhab syafi’e

2.    tidak bertakbiratul ihram iaitu tidak mengatakan ALLAHU AKBAR pada permulaan solah.

3.    meninggalkan salah satu rukun dengan sengaja. Tetapi tidak batal kalau terlupa kerana ia boleh diganti dan dibuat kembali kemudian sujud sahwi                                                                                                                                                                sebelum beri salam di akhir solah nanti. Seperti lupa sujud yang kedua maka kenalah sujud sekali lagi. Kalau tidak batallah solah kita.

4.    Dengan sengaja menambahkan rukun solah seperti rukuk dua kali atau tambah rakaat dari empat (pada solah zohor,asar dan isyak) kepada lima atau mengurangkannya. Jika terlupa boleh ditambah rakaat selepas ditetapkan beberapa rakaat yang telah dibuat ataupun syak pada bilangan rakaat tigakah atau empatkah maka dikira tiga-ambil yang yakin dan kurang-teruslah tambah satu rakaat lagi dan sunat sujud sahwi sebelum beri salam nanti  sebanyak dua kali sujud. Jika tidak tambah satu rakaat maka batallah solah kecuali syak pada empat rakaat atau lima rakaat maka boleh diselesaikan tidak perlu lagi tambah rakaatnya.......................(hanya rukun Fe’il-perbuatan sahaja yang batal solah.  Adapun rukun rukun qawli-perkataan-tidk batal solah seperti baca al-fatihah dua kali pada satu rakaat.

5.    Tidak ada tomakninah-berhenti sekejap sekadar sempat kata subhanallah-pada semua. Rukun Fe’il sama ada satu rukun atau lebih (dari takbiratul ihram sampai tahiyyat akhir)

6.    Tidak  beri salam di akhir solah (terus keluar solah lepas baca tahiyyat akhir)

7.    Tidak baca selawat ke atas Rasulullah SAW di tahiyyat akhir. Bacaan selawat di tahiyyat awal adalah sunat. Kalau tertinggal/terlupa disunatkan Sujud sahwi sebelum beri salam di akhir nanti. Tidak sujud sahwi pun tidak apa. Sunat sahaja sujud sahwi itu. Tetapi seeloknya dilakukan kerana syaitan yang menggangu itu akan disepak oleh malaikat.

8.    Tidak sengaja rukuk atau sujud seperti terkena dinding semasa rukuk menyebabkan terukuk tanpa dikehendaki. Maka boleh bangun kembali melakukan rukuk/sujud kembali jika diteruskan tanpa bangun kembali maka batallah solah kerana solah wajib dilakukan dengan sengaja segala rukunnya. Kalau tidak, nescaya solah tidak sah dan batal

9.    Meniatkan/mengatakan yang rukun fardhu adalah sunat tetapi kalau mengatakan rukun sunat itu adalah fardhu tidak batal. Jadi berhatilah semasa solah kecuali ianya terlintas maka tidak batal kerana itu mainan syaitan jangan dihiraukan . teruskan sampai selesai

10.                    Sujud dua kali semasa sujud iaitu dahi terkena benda tajam/tumpul kemudian dilakukan sekali lagi sujud selepas diangkat dahi. Kalau tidak diangkat bahkan terus sujud tanpa diangkat dahi  dengan dipindahkan dahi ke tepi maka tidak batallah solah.

11.                    Semasaa sujud dahi dilindungi/dilapik dengan rambut walau seurat pun, kain serban,kopiah,benang ,maka batallah solah. Kecuali benda-benda tersebut sudah ada di tempat sujud  pada asal lagi (terpisah dari badan) maka tidak batal solah. Jika dia berada di badan (dengan terletak diatas dahi) maka batallah solah

12.                    Tidak diatas tujuh anggota(dahi,dua tapak tangan, dua lutut,dan dua kaki(jarinya ditegak dan mengadap kiblat dengan ditekankan))

13.                    Diangkat semasa sujud sama ada sebelah tangan/sebelah kaki atau kedua belah tangan dan kaki (tergantung angkat ke atas). Juga semasa sujud kedua kaki tidak ditekan jarinya tetapi dilipat ke belakang (tidak mengdap qiblat. Hukumnya adalah makruh tetapi elokkan tidak buat seperti itu walaupun tidak batal solah

14.                    Tidak membaca salah satu rukun Qauli-perkataan-iaitu takbir ratul ikhram/al-fatihah/tahiyyat akhir/selawat pada Rasulullah SAW di tahiyyat akhir /salam

15.                    Melompat/bertempik/menampar/memukul dengan dera bunyinya tetapi kalau perlahan tidak batal.


(sambungan ke peringatan penting bagi kaum muslimin dan muslimat (sahkan solat anda) =bahagian 3 insyaallah)

ILMU ALLAH HARAP DAPAT DISEBARKAN INSYAALLAH



No comments:

Post a Comment